Wednesday, October 21, 2009

Kemalasan..

Ak tgh cr idea nk wat report psm ni.pehal kemalasan sgt menguasai diri ak skang ni..asyik dok men game+on9 jer.. bahaye sungguhla de berukband kat bilik ak ni..cpt sgt tersangkut kat die..da tersangkut pe lg, berdating berjam2 la jdknye.da sume keje x siap.uwaaa

Nk gi bwat air kopi laa.ilangkn ngantok.akn aku berusahe utk buat report psm.jumaat nk submit tp blum start wat lg.ish dasat sungguh!! so mcm xtdo lg mlm ni..as usual.huhu

Tuesday, October 20, 2009

Elak Mengantuk Semasa Memandu..

Selalu if drive kete, lg2 kalo drive jauh2 mesti de time yg mengantok teramat, so pe kata cube petua kat bwh..Insya Allah dgn izinNya, boleh membantu time mengantok..huhu Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Potongan ayat tersebut berbunyi... 


"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..." 

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR" 

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat 

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' 
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.
 

Selamat mencuba! Sebarkan kpd kwn2 utk manfaat bersama :)

Somethin' to Share :)

#1 ---> "ALLAH doesn't require you to "BE THE BEST", HE just want you to "DO YOUR BEST" and HE will take care of the rest.."

#2 ---> "Kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesulitan, dan dalam kesulitan itu ada kemudahan.."

#3 ---> "Whatever happens is supposed to happen even it is bad, we dont know why its happens when it does, but later on you will look back and realize that situation gave you a new opportunity and a better chance.."

#4 ---> "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannnya, dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.." -Joseph Conrad-

#5 ---> "Jika doamu dimakbulkan tandanya ALLAH menyayangi dirimu, jika lambat dimakbulkan tandanya ALLAH ingin mengujimu, dan jika doamu tidak dimakbulkan janganlah kamu bersedih kerana ALLAH merancang yang terbaik untukmu.."


You and Your Friends..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. 

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. 

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. 
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."



Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie) 

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

credit to: Nazrah Ilyana & Siti Dhalia Adzim