Wednesday, December 16, 2009

Change da Title..

Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang berbunyi;

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Jadi, sukakan pada apa yang disukai Tuhanmu. Kemudian, berdoalah minta sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu apa kebaikannya

Petang tadi supervisor ak, bgtau aku kena buat tajuk lain utk fyp aku. It’ss mean dat, aku kena start dari zero, nothing to something. Maybe ayat al-Quran kat atas boleh jadi penawar utk aku bagi menempuhi hari-hari mendatang mengadap fyp neh.. T_________T

My new title for fyp is “Design and Characterization of Planar Antenna for On-Chip Integration”

Monday, December 7, 2009

Contengan

salam..

dis week dr manaf xde dekat ibnu sina. Ini bermaksud kehidupan di ibnu sgtla best sbb blh dtg lmbt n blh blk awal...hehe Kalo x selagi dr xblk, xbolehla nk lari dr ibnu sian tu..hehe Dr pergi U.S ada conference kat sane..bestnye kalo dpt jalan2 ke sana..hehe tunggula da kerja n boleh kumpul duit banyak2 skt, time tu blh la pikir nak pegi mane kan. InsyaAllah, kalau ada rezeki..tp xmau la gi U.S.. nak gi Jepun.huhu

Semalam, 6/12/2009 kawan satu sekolah kat teknik Batu Pahat dulu kahwin.Muda2 lagi da kahwin. Memang jodoh dia kahwin awal kot..cantik betol die semalam. Umah pengantin ni kat Mersing, so ak pun pergilah.Xdela jauh sgt lagipun kan. Time ni la dpt jumpe kwn2 lama yang da lama xjumpe.Seingat ak, habis je SPM da xjumpa da kwn2 skola nih. Adalah dlm 5thn xjumpe..sekali dpt jumpe, mmg serono gile..pasni sapela pulak yg akn kahwin..boley jumpe kwn2 lame lg...

p/s:sape nk kahwin jgn lupe jemput ak.. InsyaAllah, kalo xde aral ak akn dtg..hehe

Thursday, December 3, 2009

Semoga Bertemu Jodoh Yang Terbaik..

Ya Allah

Seandainya telah Engkau catatkan 

Dia milikku tercipta buatku

Satukanlah hatinya dgn hatiku

Titipkanlah kebahagiaan antara kami

Agar kemesraan itu abadi


Ya Allah

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Maka jodohkanlah kami

Tetapi


Ya Allah

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Berikanlah ak kekuatan

Menolak bayangannya jauh kedada langit

Hilang bersama senja yang merah

Agarku sentiasa tenang

Walaupun tanpa bersama dengannya


Ya Allah yang tercinta

Pasrahkanlah ak dengan takdir-Mu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik buatku

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan akhirat

Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini

Janganlah engkau biarkan aku sendirian

Di dunia ini mahupun di akhirat

Maka kurniakanlah ak seorang pasangan yg beriman

Agar aku dan dia sama-sama dapat mbina kesejahteraan hidup

Ke jalan yang Engkau redhai

Amin, Yarabbalalamin..

I'm Back..! :)

Salam

Kesian kat blog ni da lame tuan punye blog x amek kesah kat die..bkn xmahu amek kesah, tp.. biarlah rahsia jer.. ;P

Erm today, tomorrow and next two weeks, ade talk kat FKE under MINE group. So rela atau tidak kenalah jugak pergi. Speaker utk talk tersebut diimport khas dari negara matahari terbit a.k.a Jepun, Assoc Prof Dr Seiya Kasai. Best jugak talk dari Prof ni. Dapatlah input2 tambahan bagi menghabeskan masa cuti sem bagi diriku yang xdpt pulang ke rumah..T_T  Pe nak bwat, tanggungjawab la katekan. Eceh! Tanggungjawablah sangat..haha.

Erm, besok de talk lagi. Naseblah pagi jer so ptg bleyla ponteng dari menghadirkan diri ke ibnu sina..haha mintaak maap yer Dr.. saya ni tahap kemalasan sgt tinggi sejak kebelakangan ni, so Dr paham2 aje lah yek.. :D

Wednesday, October 21, 2009

Kemalasan..

Ak tgh cr idea nk wat report psm ni.pehal kemalasan sgt menguasai diri ak skang ni..asyik dok men game+on9 jer.. bahaye sungguhla de berukband kat bilik ak ni..cpt sgt tersangkut kat die..da tersangkut pe lg, berdating berjam2 la jdknye.da sume keje x siap.uwaaa

Nk gi bwat air kopi laa.ilangkn ngantok.akn aku berusahe utk buat report psm.jumaat nk submit tp blum start wat lg.ish dasat sungguh!! so mcm xtdo lg mlm ni..as usual.huhu

Tuesday, October 20, 2009

Elak Mengantuk Semasa Memandu..

Selalu if drive kete, lg2 kalo drive jauh2 mesti de time yg mengantok teramat, so pe kata cube petua kat bwh..Insya Allah dgn izinNya, boleh membantu time mengantok..huhu Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Potongan ayat tersebut berbunyi... 


"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..." 

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR" 

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat 

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' 
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.
 

Selamat mencuba! Sebarkan kpd kwn2 utk manfaat bersama :)

Somethin' to Share :)

#1 ---> "ALLAH doesn't require you to "BE THE BEST", HE just want you to "DO YOUR BEST" and HE will take care of the rest.."

#2 ---> "Kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesulitan, dan dalam kesulitan itu ada kemudahan.."

#3 ---> "Whatever happens is supposed to happen even it is bad, we dont know why its happens when it does, but later on you will look back and realize that situation gave you a new opportunity and a better chance.."

#4 ---> "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannnya, dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.." -Joseph Conrad-

#5 ---> "Jika doamu dimakbulkan tandanya ALLAH menyayangi dirimu, jika lambat dimakbulkan tandanya ALLAH ingin mengujimu, dan jika doamu tidak dimakbulkan janganlah kamu bersedih kerana ALLAH merancang yang terbaik untukmu.."


You and Your Friends..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. 

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. 

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. 
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."



Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie) 

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

credit to: Nazrah Ilyana & Siti Dhalia Adzim

Saturday, September 12, 2009

7 Rules To Be Happy

# Never hate

# Don't worry

# Live simple

# Expect a little

# Give a lot

# Always smile

# Keep in touch with ALLAH

Sabtu Telah Tiba

Yeay..!!Da jumpa dengan hari sabtu.. Ini bermakna hari ini adalah hari cuti untuk ak sbg student utm.hehehe. tp bdk2 u lain pun cuti gak ape??=P whatever la..ape yg pntg hari ni ak blh la beristirehat dgn jayanya smbil memikirkan apakah yang perlu diletak dlm slide PSM. Tapi rasa mcm malas+xnak fikir lagi jer psl slide PSM tuh. Amboi zalimnya kamu pada final projek sndr.huhu

Hari ni terlambat bgn sahur. Nasiblah abid tlg ketukkan pintu blk ak. Kalo tak, say gudbye ajelah pada mee goreng mamak yg dibeli di FKE pd tgh mlm td.huhu Sadisnye kalau itu yang berlaku.uwaaa kempunan nk mkn dpt tgk polistrin je la jwbnye. Nasiblah x terjadi.=) Bangun2 je, basuh muka, buat pape yang patut terus gi serbu bilik abid menikmati mee grg mamak smbil bercerita dipagi hari.hehe sempat lg berborak dlm ngantok2 makan. Biasalah smbl mkn kena ar borak kalo tak boring+tertido plak dpn makanan tu.hehehe

Hmm.. Apa ek nk buat hari ni?? Lets think, wait n see apa yang akan berlaku pada kehidupan ak hari ni..  Nanti besok2 smbg lg pe yg berlaku hari ni..papai

Friday, September 11, 2009

Hancus..

Hancus??hmm ni semua sebab quiz Cad yg ntah ape2 tu. Semalm dlm klas, Dr Nadzir discuss answer for Cad quiz. Bila aku compare ngan jwpn yg ak tulis dlm kertas jwpn quiz tu, rasa-rasanya macam xde satu pun yang betul. .aduhai apalah nasib quiz Cad ak kali ni. . Jangan kata nak dapat high mark, 1 mark pun blm tentu bley dapat lagi ni.. Punyalah susah quiz Cad ari tu rasa macam nak jawab final exam plak dah. Dr Nadzir kenapa lah buat quiz yang susah-susah sangat untuk dijawab oleh anak didikmu?? Ak rasa bukan ak je kot yang cakap susah quiz kali ni, majoriti pun cakap susah. tapi susah-susah diaorang pun still blh jawab gak quiz tu.Tp susah-susah ak, confirm xblh jawab..uwaaaa
Vlsi lab presentation. finished already. Seronoknya bila da settle present vlsi lab. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli grroup ak yg telah bersusah payah menyiapkan lab kali ni.Credit to Yasmin, Khlaidah, Hazlami and Sufee. =)
A lot of works to do. Ingatkan bila dah habis minggu yg sangat sibuk ni bolehla beristirehat dengan jayanya tapi panas yang kusangka hingga ke petang rupa-rupanya telah hujan ditengah hari.. T_T . Ini semua gara-gara pre-presentation for PSM 1 Seminar next week.. haih sangatlah stress nak siapkan slide untuk PSM ni. Ak xtau nak letak apa dalam slide.Macam xde idea jer lagi. Oh idea tolonglah datang dgn secepat yg mungkin membantu ak untuk siapkan slide.huhu Nampaknya terpaksalah ak bertungkus lumus weekend ni siapkan slide utk pre-presentation PSM. Terpaksalah ak lupakan cuti hujung minggu ak. Eii sangatlah xbest!! Wi-Fi kat blk sangatlah menyakitkan hati ak..mcm haram jer nk dpt. Apela utm ni, saat-sat genting mcm ni lah si Wi-Fi nak buat hal.Hampeh btl..